untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Punca Email Spam dan Cara Membendungnya

Punca spam dan cara membendungnya

Secara umumnya ‘spam' adalah e-mel komersial yang tidak diundang atau tidak diminta oleh penerimanya. Pihak pengirim spam (spammer) juga melibatkan perniagaan sebenar yang menjadikan orang ramai sebagai sasarannya dengan harapan untuk menghasilkan banyak wang. Soalnya, bagaimana mereka boleh mendapat alamat e-mel anda. Sebenarnya ada banyak cara yang digunakan penghantar spam untuk memperolehinya.

Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan penghantar spam untuk mendapatkan alamat e-mel.

~ Program ‘spambots' digunakan untuk ‘menjaring' Web bagi mengutip alamat e-mel daripada
laman-laman Web.
~
Program ‘penuai' alamat e-mel digunakan untuk mengumpul alamat e-mel dari kumpulan berita
(newsgroup) dan ruang sembang (chat room).
~
Penghantar spam menyertai khidmat senarai pengiriman e-mel (mailing list) dan mereka
mengambil alamat e-mel setiap orang yang terdapat dalam senarai tersebut.
~
Khidmat yang dikenali sebagai ‘whois look-ups' digunakan untuk mengambil alamat e-mel bagi
nama domain yang telah didaftarkan
.
~ Penghantar spam mencipta tapak Web palsu yang memerlukan pendaftaran para pengunjungnya
untuk mendapatkan e-mel mereka.

~ Penghantar spam boleh menggunakan serangan kamus (dictionary attacks) yang boleh menyusun
nama menggunakan format e-mel pada nama domain tertentu seperti Yahoo dan Hotmail. Jika
pelayan e-mel berkenaan menolak nama e-mel yang tidak diketahui, maka ia akan dibuang dari
senarai milik mereka

~ Penghantar spam juga boleh menggunakan serangan yang dinamakan ‘brute force'. Serangan ini
mirip serangan kamus yang menghasilkan kombinasi aksara rawak (bukannya nama pada domain
tertentu).

~ Penghantar spam boleh membeli senarai e-mel dari syarikat dan penghantar spam yang lain.
Senarai ini biasanya mengandungi alamat-alamat e-mel orang yang telah memilih perkhidmatan
surat berita (newsletter) atau membeli produk dari syarikat pada satu ketika dan memasukkan
alamat e-mel mereka semasa proses penempahan. Jadi, semak apa yang anda persetujui
sebelum butang SUBMIT! ditekan.


Setelah mereka mendapat koleksi alamat e-mel baru, mereka akan mengenalpasti akaun e-mel yang
masih aktif dan masih digunakan. Antaranya mereka menghantar e-mel ke alamat tersebut dengan
teknik berikut


~ Mereka mengirim kandungan berformat HTML yang sedia ‘ditanam' dengan pautan (links) agar
anda boleh membuat tindakan susulan. Apabila pautan tersebut diklik, ini akan memberitahu
pengirim spam bahawa alamat e-mel anda aktif - pelayar Web anda akan mengirim maklumat
yang mereka perlukan.

~ Mereka boleh menempatkan pautan ‘untuk tidak melanggan/pilihan keluar' yang palsu di dalam
e-mel yang dihantar. Anda mungkin percaya pautan ini akan memberitahu pengirim spam bahawa
anda ingin membuang alamat e-mel anda dari senarai penghantaran mereka. Sebaliknya,
tindakan tersebut telah mengesahkan bahawa akaun e-mel anda berstatus aktif. Anda mungkin
tidak lagi menerima spam dari mereka, namun ini tidak bermakna mereka tidak akan menjual
alamat e-mel anda kepada orang lain
.
~ Mereka boleh menggunakan e-mel HTML yang berpaut pada kandungan yang disimpan pada
pelayan Web mereka apabila anda melihat e-mel tersebut. Ini juga membuktikan akaun e-mel
anda masih aktif.

~ Mereka memperalatkan ketetapan fungsi tertentu dan automatik yang terdapat di dalam
aplikasi e-mel.


Apabila penghantar spam memperolehi senarai pendek untuk alamat e-mel baru yang masih aktif,
mereka akan menambahnya ke dalam pengkalan data mereka yang kemudiannya digunakan untuk
mengirim e-mel spam. Dalam apa juga kemungkinan, mereka boleh menjual senarai ini kepada
penghantar spam yang lain.


Mengurangkan spam

Anda boleh menggunakan khidmat enjin carian popular untuk membuat carian menggunakan
alamat e-mel anda sebagai kata kuncinya. Jika pencarian itu berhasil (alamat e-mel anda berjaya
ditemui), ini bermakna penghantar spam juga tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan e-mel
anda kerana ia boleh diambil begitu sahaja melalui Web. Sekiranya enjin carian boleh
melakukannya, maka penghantar spam juga boleh.


Seterusnya, anda boleh menamatkan ‘kemunculan' alamat e-mel anda di dalam Web. Langkah ini
mungkin tidak sesuai jika anda sering berurusan dan berhubung menerusi e-mel tersebut.
Bagaimanapun, anda boleh membuat ubahsuai dan menambah teks tertentu pada alamat e-mel.
Jadi, orang yang ingin mengirim e-mel kepada anda perlu membuang teks tersebut terlebih
dahulu untuk mendapatkan alamat e-mel yang sebenar.


Penghantar spam atau syarikat tertentu boleh mendapat alamat e-mel anda secara sah atau
sebaliknya. Jadi anda mungkin pernah menerima mesej atau surat berita yang disertakan
dengan ‘pilihan keluar' atau untuk menolak penerimaan e-mel yang seterusnya. Ada
kemungkinan pilihan tersebut adalah palsu (tidak seperti yang dikehendaki). Jika demikian,
anda boleh menyaringnya ke dalam folder ‘trash' dalam aplikasi e-mel.


Sumber lain yang biasa dipantau penghantar spam ialah kumpulan berita, ruang sembang atau
forum. Jadi anda dinasihati agar membina akaun e-mel berasingan untuk kegunaan kumpulan
berita dan ruang sembang - supaya anda masih boleh menggunakan aplikasi tersebut -
tetapi jangan keberatan menggunakan akaun lain jika perlu. Selain itu, anda boleh
menghubungi rakan-rakan menerusi aplikasi lain seperti ‘messenger'.


Anda boleh membina akaun e-mel khusus untuk pembelian produk dan pendaftaran perisian.
Jika ada surat berita, e-mel komersial, atau tapak Web yang meminta izin untuk memberikan
butiran anda kepada pihak ketiga, anda mesti menolaknya. Pada masa yang sama,
berikan perhatian terhadap perkara ini kerana ada syarikat-syarikat yang tidak
mengendahkan penolakan tersebut, sebaliknya mereka terus menghantar spam.


Ketetapan pada aplikasi e-mel yang digunakan perlu diubah supaya fungsinya tidak dieksplotasi
penghantar spam. Sebagai perlindungan tambahan, anda boleh memasang perisian firewall
peribadi, perisian anti-virus yang boleh mengimbas e-mel, perisian penapis spam atau
anti-spam yang berkesan. Untuk lebih selamat, anda perlu menyingkirkan sepenuhnya
mana-mana perisian ‘adware' dan ‘spyware' yang pernah dipasang.



READ MORE - Punca Email Spam dan Cara Membendungnya

BANTUAN UNTUK GAZA


Kutipan Tabung Dakap RM618,624.86

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) terus menerima sumbangan daripada rakyat negara ini.

Sehingga hari ini jumlah kutipan yang berjaya dikumpul meningkat kepada RM618,624.86.

Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zauji berkata, daripada jumlah itu, kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) menyumbangkan cek berjumlah RM1,547 yang diserahkan kepada IRM.

Katanya, sebuah syarikat, Bram's & Brothers Limited turut menyumbang cek berjumlah RM3,500 kepada tabung tersebut selain RM4,500 diterima hasil program PaintBall Palestin Terbuka yang dianjurkan PaintBall Valley Taman Pertanian Malaysia sebelum ini.

"Dua individu juga menyumbang cek berjumlah RM700 kepada Dakap melalui IRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sumbangan melalui online di laman web www.irm. org.my pada hari ini pula berjumlah RM5,005.60.

Dalam pada itu, sumbangan turut diserahkan beberapa pihak lagi hari ini melalui Kumpulan Utusan.

Yayasan Pendidikan Cheras menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,279.42 sementara warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa di Tumpat, Kelantan menyumbang RM2,838.28 kepada tabung itu.

Pengetuanya, Fauziah Abdul Rahman berkata, seramai 1,515 pelajar dan 104 pendidik sekolah itu memberi sumbangan dalam kutipan dana yang dilancarkan sejak 11 Januari lalu.

Penderitaan penduduk Gaza juga mendapat perhatian Gabungan 11 Komuniti Bestari Daerah Kuala Muda, Kedah yang menyumbangkan cek berjumlah RM2,200 melalui Kumpulan Utusan.

Pengarah Jabatan Penerangan Kedah, Sukari Abd. Hamid berkata, sumbangan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan di kalangan masyarakat desa meskipun menyedari mereka mempunyai kedudukan kewangan terhad.

Di Seremban, Negeri Sembilan, sebanyak RM5,000 disumbang Pemuda UMNO Bahagian Seremban kepada tabung Dakap bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Menurut Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Abdul Halim Lokman berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh badan itu agar penderitaan saudara seagama di bumi Palestin dapat diringankan.

Dalam perkembangan sama, Puteri UMNO Kedah juga berjaya mengumpul RM3,571 kepada tabung Dakap hasil sumbangan daripada ahli-ahlinya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh ketuanya, Shahanim Mohamad Yusoff kepada wartawan Utusan Malaysia, Safina Ramli.



READ MORE - BANTUAN UNTUK GAZA

MENJUAL PERABOT TERPAKAI


Kedai Menjual Perabot terpakai

pengusaha : Hj. Sabran
No Hp : 019-7104385
READ MORE - MENJUAL PERABOT TERPAKAI

Kontraktor Binaan

Bina Jaya Isa
76A Kg. Prt Kudus,
82000 Pontian, Johor.

Syarikat berdaftar PKK , CIDB, Kementerian Kewangan dan mempunyai lesen kelas F

Pengusaha : En. Mohd Isa Bin Amid
H/P : 012-7554073
tel : 07 - 6864073

__________________________________________________________________

Syarikat Amid Bina
76A Kg. Prt. Kudus,
82000 Pontian, Johor.

Syarikat berdaftar PKK, CIDB dan mempunyai lesen kelas F

Pengusaha : En. Amid Bin Dalimon
H/P : 019-7122604
Tel : 07 - 6861309

__________________________________________________________________


Syarikat Pta Ikhsan
no 66,Kampung Parit Kudus
82000 Pontian,Johor


Pengusaha:1)En Ahmad Bin pawrio
2)Mohd Shafik Bin ahmad


H/p:012-7946653
tel:07-6875149

1)Kami Ada Kerja2 Membersih kebun
2)Kami Ada Buat Parit Sepadan Kebun
3)Kami Ada Mengabil Upah Mencuci Semula Parit Kebun@Kerja2 Jps
4)kami Ada Menjual Tanah Lampung,Tanah kasaraan,Tanah Merah
5)Kami Ada Jentara Kobi Untuk Dia Sewa
READ MORE - Kontraktor Binaan

info sukan

result terkini liga Pontian, bagi perlawanan playoff
Kudus FC 4 Sri Jaya 3
dari admin 20/6/2009
************************************************************************
Seorang remaja Kampung telah terpilih mewakili MSSM Johor bawah 15 tahun dalam permainan bolasepak, dan bertanding di negeri kelantan selama seminggu, beliau adalah Badruzaman bin Md. Yusof. anak kepada jurulatih Kudus FC..

haha.!!.. jaga2 ini budak akan membantu kudus FC jadi juara akan datang...

dari admin 22/05/2009
**************************************************************************
result Liga Pontian
16/5/2009
kudusfc 1, black united 1

***************************************************************************
Aktiviti terkini

Liga bolasepakPontian, telah disertai kudus FC.
hari ini 1 may 2009 perlawanan pertama menentang kg gunung pulai di padang sekolah SSP,
nampaknya berita buruk bagi peminat bola kampung... 5 berbalas telur 0..
itulah keputusan rasminya,
hampir separuh pemain kudus FC dari kalangan orang luar.. kira pemain import la tu.. yang berbayar elaun dengan air mineral... huaahuaa... mereka sukarela nak bermain untuk kudus FC,
kerana minat dengan bolasepak... mana anak jati kampung yang hebat ni..???? menurut sejarah kampung, satu masa dulu kg prt kudus adalah team yang digeruni didaerah pontian..
bilakah ianya akan berulang... ayuh anak2 muda mulakan tendangan bola sekarang... utk menaikkan kembali nama kg dipersada bolasepak daerah..masalahnya tiada padang yang hensem kt kampung ni.. mengharap ihsan dari cik Musa utk guna laman rumahnya..
READ MORE - info sukan

Pelbagai perniagaan

Menjual ikan dan sayur

READ MORE - Pelbagai perniagaan

Sejarah Kg. prt. Kudus

Assalam warga kampung...
saya sedang mencari bahan berkaitan sejarah kampung parit kudus ini..
kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi penyumbang.. amatlah dialukan
cth bahan2 sejarah.
1) bila tahun ditubuhkan / kampung diteroka..
2) Siapa yang memberi nama kampung ini
3) Senarai nama orang2 terawal menetap dikampung ini
4) Jika ada foto2 lama kampung, atau pengasas
5) dan fikirlah sendiri apa yang perlu diberitahu kepada umum...

jika malas nak jumpa saya , email je.. panuci2001@yahoo.com
READ MORE - Sejarah Kg. prt. Kudus

Masjid Jamek Kg prt kudus

JAWATANKUASA MASJID JAMEK KG. PARIT KUDUS,
82000 PONTIAN,JOHOR

##############################################################

KLIK untuk FOTO











SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUL RASUL AKAN DIADAKAN PADA 14 MAC 2009, SABTU MALAM AHAD, MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Alhamdulillah Majlis berjalan lancar..
bermula jam 7.20 mlm hingga 11.30 mlm.
majlis diserikan dengan acara bacaan Alquran dan
ucapan dari YB En Ahmad Maslan selaku tetamu
undangan.. Penceramah telah ditukar ke Ustaz Mursyid
READ MORE - Masjid Jamek Kg prt kudus

BOIKOT PRODUCT USA/ISRAEL COKE,COLGATE,STARBUCK




Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.
Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.
Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.
Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.
Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.
Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.
PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.
PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.
Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.
Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.
Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.



untuk melihat senarai penuh product2 kepunyaan/penyokong yahudi

READ MORE - BOIKOT PRODUCT USA/ISRAEL COKE,COLGATE,STARBUCK

kedai Internet & Komputer

Perkhidmatan Mobilepc services

~ menjual Topup H/P
~ sewa internet
~ sewa pc games
~ perkhidmatan Print, scan & fax
~ Membaiki TV & Komputer

Waktu Operasi Kedai

DIbuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.30 ptg

Hari Jumaat siang tutup, tetapi diganti pada malam hari bermula dari 8.00 malam hingga 11.30 malam.



alamat : 67 kg prt kudus, contact h/p 019-7524024
READ MORE - kedai Internet & Komputer

SURAU





Alhamdulilah.. Majlis maulidulRasul Surau Kg pt kudus berjalan lanjar..
bermula dari 7.20 ptg hingga 10.45 malam.




************************************************************************







Assalamualaikum
Majlis Malam Asyura 10 Muharram 1430 Hijrah akan diadakan pada ketetapan berikut

Tempat : Surau Kg. Prt Kudus
Tarikh : 10 january 2009 / 13 Muharram 1430
Hari : Sabtu malam Ahad
Aturcara : Solat Maghrib
Yassin & Tahlil
Solat Isyak
Jamuan
Ceramah Agama
Bersurai

ALhamdulillah.. majlis berjalan lancar





READ MORE - SURAU



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)