untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

BANTUAN UNTUK GAZA


Kutipan Tabung Dakap RM618,624.86

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) terus menerima sumbangan daripada rakyat negara ini.

Sehingga hari ini jumlah kutipan yang berjaya dikumpul meningkat kepada RM618,624.86.

Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zauji berkata, daripada jumlah itu, kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) menyumbangkan cek berjumlah RM1,547 yang diserahkan kepada IRM.

Katanya, sebuah syarikat, Bram's & Brothers Limited turut menyumbang cek berjumlah RM3,500 kepada tabung tersebut selain RM4,500 diterima hasil program PaintBall Palestin Terbuka yang dianjurkan PaintBall Valley Taman Pertanian Malaysia sebelum ini.

"Dua individu juga menyumbang cek berjumlah RM700 kepada Dakap melalui IRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sumbangan melalui online di laman web www.irm. org.my pada hari ini pula berjumlah RM5,005.60.

Dalam pada itu, sumbangan turut diserahkan beberapa pihak lagi hari ini melalui Kumpulan Utusan.

Yayasan Pendidikan Cheras menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,279.42 sementara warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa di Tumpat, Kelantan menyumbang RM2,838.28 kepada tabung itu.

Pengetuanya, Fauziah Abdul Rahman berkata, seramai 1,515 pelajar dan 104 pendidik sekolah itu memberi sumbangan dalam kutipan dana yang dilancarkan sejak 11 Januari lalu.

Penderitaan penduduk Gaza juga mendapat perhatian Gabungan 11 Komuniti Bestari Daerah Kuala Muda, Kedah yang menyumbangkan cek berjumlah RM2,200 melalui Kumpulan Utusan.

Pengarah Jabatan Penerangan Kedah, Sukari Abd. Hamid berkata, sumbangan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan di kalangan masyarakat desa meskipun menyedari mereka mempunyai kedudukan kewangan terhad.

Di Seremban, Negeri Sembilan, sebanyak RM5,000 disumbang Pemuda UMNO Bahagian Seremban kepada tabung Dakap bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Menurut Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Abdul Halim Lokman berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh badan itu agar penderitaan saudara seagama di bumi Palestin dapat diringankan.

Dalam perkembangan sama, Puteri UMNO Kedah juga berjaya mengumpul RM3,571 kepada tabung Dakap hasil sumbangan daripada ahli-ahlinya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh ketuanya, Shahanim Mohamad Yusoff kepada wartawan Utusan Malaysia, Safina Ramli.





PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)