untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Kaki kelentong

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk,
koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia

ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi
hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo

berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.

Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang
sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan

selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana

terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le

iktibar
READ MORE - Kaki kelentong

Suka Membawa Duka./ kecelakaan

Mereka berdua riang ria bekejaran sana sini... menyelinap di pelusuk penjuru tempat. kau lepaskan sisa mu di mana kau suka.. kadang kala aku( manusia ) yang terkena sisamu..perghhhh celaka kau c...k., walaupun kau telah glamour , diangkat oleh Yusry KRU dipawagam namun aku tetap menyumpah2 pada kau...yang kau bukanlah hero sepanjang zaman.. hanya tahu berkata cak..cak..cak.. dan melempias sisamu dimerata tempat.. sungguh keji perbuatanmu ..
Percayalah umat semua yang hidup pasti mati bila tiba ajalnya... tidak kira bagaimana caranya kau mati... yang mati tetap mati....x mungkin akan hidup kembali...kecuali komputer aku.dh mati (no power ) aku huidupkan kembali...
Padan muka kau cicak... semalam kau berak kan aku... hari ini nyawa kau telah melayang dek gara-gara kebodohan kau yang tak tahu apa itu elektrik arus ulag alik ( AC current 230VAC ) kau tak kan mati jika badanmu melekat di Arus terus ( DC current tidak melebihi 100 vDC )
tapi itu ajal namanya... cara matimu sungguh hensem sekali...kau merayap berpimpinan tangan memasuki power supply computerku...
tanpa memikir yang maut sedang menanti mu disitu... terus berpimpinan masuk kedalam ... tiba2 grek! grek! grek!.. alahai susahnya nak tulis bunyi ni... lampu rumahku berkelip2. tak tentu pasal.. kamu berdua sedang bertarung dengan maut... aduh.. sempatkah kamu mengucap dua kalimah syahadah... ...
Inna lillah... mereka berdua telah kembali ker rahmatullah...sedihnya badanmu rentung seperti sudah seminggu mati... itulah bahana renjatan elektrik arus ulang alik...
itulah matinya 2 pasang sejoli cicak... klik la foto tu kalu nak tengok dekat

READ MORE - Suka Membawa Duka./ kecelakaan

Hati-hati

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
READ MORE - Hati-hati

PENGANTIN BARU

Align Center========================================
SELAMAT PENGANTIN BARU
SATU RUANGAN UNTUK PENGANTIN BARU PT KUDUS
MOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT

========================================













pasangan Nurul Syahida dan Azrul, 28/5/2011, pt Koci
==============================


pasangan Norul Aizah dan Nor Azmi, 28/5/2011
=============================


pasangan Azean & Shukry  25 /12/2010 

================================
pasangan Hazri & Aizum  28/11/2010
==============================

PASANGAN REDHA & NORAFIKA   (  21 / 11 / 2010 )

 ============================
PASANGAN  HALIM DAN LYNN   PADA 1 / 11 / 2010
 ======================





Pasangan Haryati & Md Arafah
24 / 10 /2010
=====================================

=======================================


 pasangan izan &
12 jun 2010
====================================


pasangan Elle ( janamin ) & Din
6 mei 2010
===================================
 pasangan  Zulkarnaian & Norida
18 April 2010
=====================================
============================================


pasangan
Ci'in mat cilek & Saifuz
11 Disember 2009
============================================
pasangan
Yazid &
5 Julai 2009

======================================
pasangan
Fauzi & Nurazwina
20 hb Jun 2009


===================================
pasangan
Rafi & Hana
7hb jun 2009

====================================
pasangan
Apis &
6hb jun 2009

==========================================
Pasangan
Eddy Saiful &
Suhana
17 Mei 2009, Parit Kuci



**********************************************************
READ MORE - PENGANTIN BARU

Berita Online Pontian

READ MORE - Berita Online Pontian

Apa itu 13 Mei??

13 Mei telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Tahukah kita apa yang berlaku pada masa itu?.. saya lahir pada 1975 sudah tentunya tidak melalui zaman genting itu.. marilah sama-sama kita menyingkap kembali detik hitam itu.. setelah saya search digoogle.. akhirnya saya terjumpa satu tulisan diblog seorang bekas Mejar...
ingin ketahui lebih lanjut klik disini

jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada semua kaum, untuk bangsa Melayu sekalian.. jangan pandang remeh peristiwan ini...
READ MORE - Apa itu 13 Mei??

Pengumuman Dari Admin
READ MORE -

Review Majalah IM

salam semua pengunjung blog ini..
hari ini saya ingin berkongsi bersama anda berkenaan Majalah IM, apa itu Majalah IM? IM adalah singkatan kepada Internet Marketing ataupun pemasaran Internet.

Malajah IM diterbitkan oleh team Flare biz 100% dipasarkan secara percuma dan secara digital, diterbitkan sebulan sekali.

Edisi ke 13 telah diedarkan dan sila dapatkannya disini, download Majalah IM dalam format PDF. jika komputer anda masih belum mempunyai aplikasi PDF sila klik disini.

Majalah IM merupakan satu sumber informasi kepada peniaga-peniaga internet diMalaysia. pelbagai perkara telah didedahkan,dibincangkan,dikongsi khas kepada usahawan-usahawan internet malaysia.

READ MORE - Review Majalah IM

SELAMAT HARI IBU

Emak aku kata dulu, masa baru lahir tapak kaki aku hanya sebesar 2 jarinya sahaja. Apabila aku berkahwin dan Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata pertama (kini dah 12 tahun dah) aku ukur memang betul kata emak... sebesar 2 jari saja.

Dari sebesar 2 jari kita dibesarkan sehingga besar panjang ni dengan susah payah emak dan abah. Apabila aku tak dapat tidur kerana anak kecil yang menangis malam kerana demam aku teringat macam nilah agaknya dulu emak dan abah aku jaga aku.

Pendapat tentang Hari Ibu pada 10 May. Tetapi mengingati ibu bukan pada 10 May sahaja, ingati dan doakan lah kepada ibu bapa setiap kali berdoa selepas solat, semoga menjadi anak yang soleh.

Tetapi tiap kali menjelang Hari Ibu aku akan tetap call emak aku mengucapkan "Selamat hari ibu" dan aku dengar jawapan terima kasih emak dalam getaran..

Emak tak terbalas jasamu..

UCAPKAN SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU TERSAYANG KITA
PADA 10 MEI INI
TERIMA KASIH IBU...............
READ MORE - SELAMAT HARI IBU



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)