untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Dr M & Paklah Berdamai

Mahathir-Abdullah berdamai...
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Mar 28, 09 2:08pm
salinan dari MalaysiaKini.com

Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis penggulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggapan telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat lantang mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309Manakala Najib dalam ucapan menerima jawatan presiden Umno, menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada mereka.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian bersalaman di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua negarawan tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Abdullah dan Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara.

"Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-api.

Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.

"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.

"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

READ MORE - Dr M & Paklah Berdamai

Mangsa Kuasa Internet

Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan


"KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.

Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.

Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.

Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.

Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab.

Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.

Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.

Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya.

Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya.

Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.

Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed.

Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.

Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.

Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN.

Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah.

Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan."

petikan dari seorang pengirim
READ MORE - Mangsa Kuasa Internet

WARISAN

READ MORE - WARISAN

TOLONG!!!!

TOLONG!! TOLONG!!TOLONG!! HEBAHKAN PERKARA INI...
KAMI TIDAK MAHU...

~ PECAH RUMAH BERLAKU LAGI...
~ KECURIAN KENDERAAN..
~ MAKSIAT...
~ JUDI...
~ DADAH...

WAHAI SEMUA PEMBACA BLOG,..
KAMI PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG AKAN MEMASTIKAN
KAMPUNG INI AMAN DAMAI.. SESUAI DENGAN NAMANYA
KUDUS..PERINGATAN JUGA KEPADA SESIAPA
SAHAJA
YANG MEMASUKI KAMPUNG INI BERMULA DARI
JAM 12 MALAM HINGGA 5 PAGI, SILA PASTIKAN ANDA
TIDAK BERNIAT MELAKUKAN KEJAHATAN/KEMUNGKARAN..
KERANA PADA JAM ITU KAMI BERKELIARAN DISEGENAP KAMPUNG...
UNTUK MEMASTIKAN WARGA KUDUS SLEEP IN PEACE..

KEPADA WARGA YANG CINTAKAN KEAMANAN SEMATKAN SIKAP
AMBIL TAHU...

yang benar

wakil PKK a.k.a polis kampung
READ MORE - TOLONG!!!!

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD S.A.W

Mawlid, Mawlid an-Nabi or Milad un-Nabi (Arabic: مولد، مولد النبي‎ Hindi: मिलड, Urdu: مِیلاد) is the celebration of the birthday of Muhammad, the final prophet of Islam; also known as “The Seal of the Prophets”.

Shi’a and many Sunni Muslims celebrate the Mawlid; processions are held, homes or mosques are decorated, charity and food is distributed, stories about the life of Prophet Muhammad are narrated, dhikr and poems are recited by children. On Java, it is celebrated with majestic performances by a Gamelan Sekaten.

Sunni Muslims celebrate it on the 12th of Rabi’-ul-Awwal. Shi’a Muslims celebrate this day on the 17th of Rabi’-ul-Awwal, coinciding with the birth date of the sixth Imam, Ja’far al-Sadiq. Wahhabis/Salafis, do not celebrate at all as they consider it to be a Bidah against Islam.
Taken from Wikipedia:

Salam Maulidul Rasul.. Hari mulia, hari keputeraan Baginda, Muhammad SAW. Nabi terakhir… Nabi kita sebagai umat akhir zaman, Pengulu segala nabi.. Harus dimuliakan hari ini.. Hari besar buat junjungan kita Nabi SAW. Berselawatlah dan perbesarkan dan muliakan hari ini…

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata:

“Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

As-Sirri As Saqati berkata:

“Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA.. SALAM MAULIDUR RASUL BUAT NABI MUHAMMAD SAW…

READ MORE - HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD S.A.W

MENJUAL KUIH MUIH



Mazlan Mian @ wak dol
Menjual Kuih Muih untuk sarapan sahaja

**************************************************************


Hamisah @ alus Lasimin
Menjual Kuih Muih untuk sarapan dan minum petang

*******************************************************************



Satay / sate...
ni penjual sate bergerak yang berjaya dikampung parit kudus.. namanya Jasipat... sentiasa bergerak ke taman2 sekitar bandar pontian pada malam hari..


READ MORE - MENJUAL KUIH MUIH

Hati2 dengan maybank2u email online verification


hai semua.. hari ini saya dapat satu email dari seseorang yang telah menyamar sebagai mayban2u staff, bertujuan untuk mencuri maklumat akaun maybank2u seseorang. apabila pencuri ini telah dapat segala maklumat bank ia akan mula menggodam dan mencuri duit kita..
jadi kepada semua pengguna perbankan internet jangan terlalu ghairah bila mendapat email yang meminta kita mengaktifkan akaun melalui email, kecuali hanya semasa kita mula2 daftar akaun.
disini saya sertakan contoh email yang saya dapat dari penyamun cyber ini.. ia nampak seperti benar2 datangnya dari maybank2u.. tetapi bila kita klik link2 yang diberi.. sebenarnya ia bukan ke web yang sebenar.. ia telah melencongkan ke web klon yang dicipta....
saya harap tiada rakan2 yang akan terkena dengan tektik licik penyamun cyber ini... jika ada sesiapa yang myuskil.. sila berjumpa dengan saya..

yang benar

panut @ panuci
READ MORE - Hati2 dengan maybank2u email online verification



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)