untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Persidangan UMNO cawangan

Mesyuarat UMNO cawangan kg kita akan berlangsung pada

tarikh : 29 Jun 2009
tempat : Dewan serbaguna
Masa : 2.30 ptg

Kepada semua ahli UMNO cawangan, cabang Wanita,Pemuda dan Puteri
diminta hadir.

Selaku Ahli UMNO berdaftar dan selaku Timbalan Pengerusi tetap bagi
Pemuda, saya ingin mengusulkan beberapa perkara.

1. Meminta UMNO Cawangan menyokong penubuhan Jawatankuasa
keceriaan kampung yang disertai oleh gabungan orang baru dan lama
dan gabungan orang bukan UMNO.

Tujuan penubuhan adalah sebagai jawatankuasa bertindak untuk aktiviti
keceriaaan kampung, sebagai contoh, membuat papan tanda nama bagi
disetiap rumah, menanam pokok2 bunga dikawasan2 strategik, hiasan
pada sign board kampung danapa2 perkara yang boleh membuatkan kg
lebih nampak ceria.

Rasional mempelawa kepada ahli bukan UMNO adalah supaya dapat
menyemai sikap muafakat dikalangan penduduk kg tanpa memikirkan
fahaman politik yang berbeza.

matlamat perlaksanaanya adalah sehingga pilihanraya ke 13, dengan
harapan supaya mereka2 ini dapat menilai UMNO sebagai parti
yang relevan dikampung, yg masih mampu menyatupadukan masyarakat
kampung parit kudus.

2. Meminta agar set komputer yang disimpan didalam bilik dewan
dapat dikeluarkan, kerana saya secara sukarela ingin membaiki jika
rosak dan membuat sedikit pengubahsuaian kepada set tersebut
untuk dijadikan komputer info Kiosk yang akan diletakkan disatu sudut
dewan serbaguna. ( sekarang komputer itu terbengkalai ). tapi untuk
menyambungkan talian internet perlukan modal.( minta dibincangkan )

matlamatnya adalah untuk kegunaan orang ramai bagi mendapatkan
info2 terkini kampung melalui jaringan internet. selepas ini mereka2 yang
sering menggunakan dewan bolehlah klik maklumat2 kampung melalui
info kiosk.

3. meminta UMNO cawangan usulkan perkara berkaitan jalan utama
kampung kepada JKR. iaitu berkaitan bahu jalan. pada masa ini
jalan kampung parit kudus adalah laluan kedua penduduk pontian ke
johor bahru. jumlah kenderaan semakin bertambah, Jalan sedia ada agak
sempit dan tiada ruang utk penunggang motosikal dan basikal. ini
membahayakan mereka.

4. Minta UMNO bahagian Pontian usulkan perkara berkaitan padang
awam kepada kementerian Belia dan Sukan. untuk diwujudkan kawasan
ini ( samaada parit kudus / parit semerah )

Tujuan : padang awam yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti
selain bolasepak, ini kerana disepanjang parit semerah hingga hujung
parit kudus tiada satu tanah lapang yang boleh dipanggil padang awam.

5. ada apa2 lagi???

yang benar

Panut 0137532517
READ MORE - Persidangan UMNO cawangan

Jawatan kosong SPA johor

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor


Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

  1. PEGAWAI SYARIAH L41
  2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  4. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA DGA29
  5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
  6. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH LS27
  7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
  8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN C27
  9. PENOLONG JURUAUDIT W27
  10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENGHULU) (LELAKI) N27
  11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEGAWAI EKSEKUTIF) N27
  12. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT17
  13. PEMBANTU SYARIAH LS17
  14. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
  15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
  16. PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA SETOR) N17
  17. JURUAUDIO VISUAL N17
  18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
  19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
  20. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
  21. PEMBANTU VETERINAR G17
  22. PEMBANTU PERTANIAN G17
  23. JURUTEKNIK (AWAM) J17
  24. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
  25. PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) N11
  26. PENGAWAS HUTAN G11
  27. PENGHANTAR NOTIS N3
  28. PEMBANTU AM PEJABAT N1

CARA-RARA MEMOHON DAN SYARAT LANTIKAN

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal SPAJ.01

2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B- Kumpulan Sokongan I) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut].

3. Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkan bersama borang permohonan.

4.Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.

5.Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi didalam borang SPAJ. 01.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Aras 3, Blok A, Parcel C3S, Kota Iskandar
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor,
79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim.

Sebelum atau pada 30 Jun 2009
READ MORE - Jawatan kosong SPA johor

Poco-poco aerobic dance

Salam semua pengunjung blog.. terutama warga kg kudus

Saya dan Rafi Khairan sedang merangka satu program senam robik rentak poco-poco untuk diaktifkan didewan serbaguna kg kita.. kepada sesiapa yang berminat sila sms kepada saya
013 7532517.
waktu dan tarikh belum ditetapkan lagi.. kerana masih menanti peminat2 .

Apalagi semua mari berpoco2 didewan.. utk keenakan/kesihatan body kita



yang ni betul2 poco2 dari inul

READ MORE - Poco-poco aerobic dance



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)