untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Persidangan UMNO cawangan

Mesyuarat UMNO cawangan kg kita akan berlangsung pada

tarikh : 29 Jun 2009
tempat : Dewan serbaguna
Masa : 2.30 ptg

Kepada semua ahli UMNO cawangan, cabang Wanita,Pemuda dan Puteri
diminta hadir.

Selaku Ahli UMNO berdaftar dan selaku Timbalan Pengerusi tetap bagi
Pemuda, saya ingin mengusulkan beberapa perkara.

1. Meminta UMNO Cawangan menyokong penubuhan Jawatankuasa
keceriaan kampung yang disertai oleh gabungan orang baru dan lama
dan gabungan orang bukan UMNO.

Tujuan penubuhan adalah sebagai jawatankuasa bertindak untuk aktiviti
keceriaaan kampung, sebagai contoh, membuat papan tanda nama bagi
disetiap rumah, menanam pokok2 bunga dikawasan2 strategik, hiasan
pada sign board kampung danapa2 perkara yang boleh membuatkan kg
lebih nampak ceria.

Rasional mempelawa kepada ahli bukan UMNO adalah supaya dapat
menyemai sikap muafakat dikalangan penduduk kg tanpa memikirkan
fahaman politik yang berbeza.

matlamat perlaksanaanya adalah sehingga pilihanraya ke 13, dengan
harapan supaya mereka2 ini dapat menilai UMNO sebagai parti
yang relevan dikampung, yg masih mampu menyatupadukan masyarakat
kampung parit kudus.

2. Meminta agar set komputer yang disimpan didalam bilik dewan
dapat dikeluarkan, kerana saya secara sukarela ingin membaiki jika
rosak dan membuat sedikit pengubahsuaian kepada set tersebut
untuk dijadikan komputer info Kiosk yang akan diletakkan disatu sudut
dewan serbaguna. ( sekarang komputer itu terbengkalai ). tapi untuk
menyambungkan talian internet perlukan modal.( minta dibincangkan )

matlamatnya adalah untuk kegunaan orang ramai bagi mendapatkan
info2 terkini kampung melalui jaringan internet. selepas ini mereka2 yang
sering menggunakan dewan bolehlah klik maklumat2 kampung melalui
info kiosk.

3. meminta UMNO cawangan usulkan perkara berkaitan jalan utama
kampung kepada JKR. iaitu berkaitan bahu jalan. pada masa ini
jalan kampung parit kudus adalah laluan kedua penduduk pontian ke
johor bahru. jumlah kenderaan semakin bertambah, Jalan sedia ada agak
sempit dan tiada ruang utk penunggang motosikal dan basikal. ini
membahayakan mereka.

4. Minta UMNO bahagian Pontian usulkan perkara berkaitan padang
awam kepada kementerian Belia dan Sukan. untuk diwujudkan kawasan
ini ( samaada parit kudus / parit semerah )

Tujuan : padang awam yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti
selain bolasepak, ini kerana disepanjang parit semerah hingga hujung
parit kudus tiada satu tanah lapang yang boleh dipanggil padang awam.

5. ada apa2 lagi???

yang benar

Panut 0137532517



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)