untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Celik IT di MHI TV3

Assalam dan selamat pagi kepada pengunjung.. ( sbb saya tulis 8.45 pagi)

Hari ini saya tergerak untuk menulis sesuatu diblog ini., ia berkisar tentang topic celik IT yang disiarkan oleh TV3 dalam rancangan Malaysia hari Ini.. mungkin ramai yang terlepas mengikuti rancangan ini kerana ia disiarkan pada waktu pagi, 6 hingga 10 pagi.

Jadi topic celik IT ini telah menarik orang ramai untuk menelefon MHI yang dihostkan oleh Ally , apa yang menariknya adalah berkaitan seorang pemanggil yang telah berusia 63 tahun dari Shah Alam. katanya celik IT atau information teknologi ini telah memudahkan kehidupan seharian beliau..

antara rutin seharian beliau adalah pada waktu pagi jam penggera datangnya dari komputer, kemudian selesai solat subuh.. sambil sarapan melihat e browse. apa itu ebrowse? ia adalah surat khabar biasa yang telah di internetkan.. disediakan oleh TM.

Kemudian dia membayar segala bil menggunakan online payment /online banking. apa itu online banking? ia adalah perbankan internet atau bank internet. cth maybank2u.

kemudian dia juga ada website.. dan mahir dengan segala selok belok internet.. dan sentiasa berkongsi maklumat bersama anak2.. melalui email..

pakcik ini juga memberitahu yang beliau mengikuti dunia komputer atau celik IT seawal ia masuk kepasaran negara kita sekitar 80-an. katanya dia tidak perlu mengikuti mana-mana kelas IT, yang penting adalah minat terhadap IT ( celik IT ).. sekarang ini dapatkan apa saja maklumat dari internet..

bagaimana mendapatkan maklumat tu? senang je.. sekarang ini engine carian yang glamour adalah google search. anda taip saja apa jenis maklumat yang ingin dicari.. InsyaAllah 99% kita akan dapat jawapannya..

saya sebagai generasi pertengahan ni.. tabik spring kat pakcik tu sebab minatnya yang mendalam dalam IT ( celik IT ).. saya berharap pakcik2 yang terbaca coretan saya ini dapatlah membuka sedikit minda berkaitan IT ( celik IT ).



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)