untuk paparan menarik sila set resolution display komputer anda ke 1024x768 pixel

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,KEMERDEKAAN KE 54 DAN AIDILFITRI, KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ANTIVIRUS KASPERSKY 2012, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Mana Gula ??

Situasi kt kg kita pun sama la ... mana gula? rupanya ada toke2 simpan..

2010/05/26

SEREMBAN: Gara-gara membuat promosi luar biasa untuk membeli bekalan gula lima kilogram dengan mensyaratkan pelanggan membeli barangan lain bernilai lebih RM100, kedai milik sebuah syarikat pemborong di Jalan Siamang Gagap di sini, diserbu pihak berkuasa.

Timbalan Pangarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Mohd Nor Musa, berkata serbuan dibuat selepas seorang pegawainya yang melakukan penyamaran dikenakan syarat seperti itu.

Beliau berkata dalam serbuah itu, pihaknya merampas dua tan bekalan gula bernilai kira-kira RM3,200.
"Apa yang dilakukan oleh pemborong itu adalah satu kesalahan dan mereka akan dituduh mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tidak sah dan tidak dibenarkan di bawah undang-undang," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Nor memberi jaminan bahawa bekalan gula dalam pasaran adalah mencukupi cuma kuasa membeli pengguna agak luar biasa dengan kebanyakan mereka membeli gula lebih banyak dari biasa.

"Pembekal mengeluarkan gula dalam kuantiti yang sama, tetapi apa yang menjadi masalah sekarang ini, pembeli berebut-rebut membeli gula dengan jumlah yang banyak untuk simpanan mereka," katanya.

Akibat itu, di beberapa tempat bekalan gula habis lebih awal tetapi berjaya diatasi melalui penambahan gula sebanyak lima peratus ke Negeri Sembilan, katanya. - Bernama



PENGUMUMAN!!
SAYA ADALAH WAKIL SAH MENJUAL
UNTUK PRODUKT

TM ( STREAMYX),
HUBUNGI SAYA 013-7532517
(PANUT)